|
|
Ramadan
Pesta Kebajikan Kepada Muslim
RASULULLAH S.A.W sentiasa bersedia untuk menyambut
ketibaan Ramadan dan sekali gus merangsang sahabatnya dengan menegaskan
bahawa padanya terbuka segala pintu kebajikan. Apabila
masuk saja Rejab, Baginda berdoa maksudnya: "Ya Allah, berkatilah
kami pada Rejab dan sampaikanlah kami ke Ramadan". Baginda
banyak berpuasa pada Syaaban serta mempersiapkan sahabatnya untuk
berpuasa Ramadan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:" Barang
siapa yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan
keredaan Allah, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."
|

Moto Sekolah
"Berilmu, Beramal
& Bertaqwa"
MISI
SMKA INANAM AKAN MENJADI SEKOLAH
ELIT MENJELANG AKHIR TAHUN 2007
VISI
Memastikan pencapaian akademik/kurikulum
sentiasa cemerlang
Melibatkan dan menentukan kejayaan cemerlang pelajar dalam aktiviti
kokurikulum
Memantapkan dan memupuk disiplin, sahsiah dan nilai murni setiap
warga SEMAI
Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap, sistematik
dan telus
Mewujudkan suasana serta persekitaran yang aman dan kondusif
|

PERUTUSAN TUAN PENGETUA S.M.K. (AGAMA) INANAM
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan mengalu-alukan kedatangan anda ke laman web rasmi Sekolah
Menengah Kebangsaan (Agama) Inanam, Sabah.
Kerajaan telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi
faedah daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa
sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran
maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan
masa.
Laman web S.M.K. (Agama) Inanam telah diwujudkan bagi menyediakan
maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta
maklumat lain yang berkaitan dengan sekolahini. Maklumat-maklumat
yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang
masa apabila maklumat baru diperolehi.
Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada
pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara-perkara yang
berhubung kait dengan S.M.K. (Agama) Inanam disamping memperolehi
maklumbalas segera daripada pelanggan melalui internet. Saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anda sekalian
yang sudi melayari halaman ini.
Sekian, Wasalam.
|
Mutiara Kata
Jundub Al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa
yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah
akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan
kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia.
Al-Hadis
Untuk Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
Telefon:
088-429050
Faks:
088-429051
Hubungi
Kami
Alamat surat menyurat:
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam,
P.O. Box A-2352,
88856 Inanam,
Kota Kinabalu, Sabah.
|