SEMAI MENINGKATKAN KEUPAYAAN TEKNOLOGI "WIRELESS" INTERNET

Rabu, 2 Ogos 2006
SEMAI melangkah setapak di hadapan dengan berdirinya tiang pemancar internet tanpa wayar (wireless internet) yang membolehkan capaian 1 KM radius. Ini bermakna guru dan pelajar boleh meng’akses’ internet dari mana-mana sahaja di kawasan sekolah, termasuk di padang, surau dan asrama.
Bagi menjaga keselamatan laluan, guru dan pelajar yang ingin melayari internet melalui sistem tanpa wayar ini mestilah mendaftar terlebih dulu kepada Jawatankuasa ICT sekolah dan akan diberi kata laluan masing-masing (password).
“Projek seterusnya bagi pihak jawatankuasa ICT ialah membina laman web dan Sistem Rakaian Setempat (LAN) yang komprehensif dan akan merupakan ‘PnP Oriented’ iaitu untuk membantu pengajaran dan pembelajaran” ujar Pengerusi Jawatankuasa ICT sekolah, Ustaz Azhan Ahmad.
Ini merupakan satu lagi kemajuan yang di capai oleh SEMAI dalam bidang ICT selepas kelas rintis ICT 4 Al-Khawarizmi dan Cybercafe SEMAI yang berjaya mancapai matlamatnya.