|

MAJLIS JALINAN MAWADAH
Sabtu, 29 Julai 2006
Satu majlis menandatangani buku rekod telah berjaya dilaksanakan
hari ini. Dianggarkan sekitar 90% ibu bapa atau penjaga pelajar
telah datang untuk majlis ini yang dinamakan Majlis Jalinan Mawaddah.
Dalam majlis ini, selain dapat mengetahui perkembangan terkini pencapaian
akademik anak-anak, ibu bapa juga berpeluang untuk berinteraksi
dengan guru kelas dan guru matapelajaran tentang perkembangan anak-anak
mereka.
Kebanyakan ibu bapa yang tidak hadir adalah disebabkan oleh jarak
tempat tinggal mereka yang jauh dari sekolah seperti Sarawak, Nabawan
dan Labuan.
|

LAWATAN KETUA PENOLONG PENGARAH JAPIM
Isnin, 31 Julai 2006
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan, Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Abdul
Rashid Bin Ngah telah membuat lawatan ringkas ke SEMAI. Turut
bersamanya ialah Ustaz Shamsul Shah bin Tarjo, Penolong Pengarah,
Bahagian Pengurusan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Dalam ucapannya di hadapan guru dan pelajar, beliau meminta supaya
pelajar menjaga sahsiah dan disiplin demi nama baik SMKA di seluruh
negara.
“Pengisian aktiviti dakwah dan ibadat di antara waktu Maghrib
dan Isyak sangat penting bagi memastikan pembudayaan Islam berlaku
di SMKA” tambah Beliau..
|
|