PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP SEMAI
Selasa, 18 Julai 2006
Persatuan Sepat takraw dan Pengurusan Asrama SMKA Inanam mengambil
inisiatif untuk menganjurkan kejohanan liga sepak takraw SEMAI
.
Pasukan guru SEMAI juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan
ini yang dianggotai oleh Cikgu Rizal, Ustaz Ideris, Ustaz Nik
Amran dan Cikgu Matdiris, tuan pengetua juga tidak ketinggalan
menyertai pertandingan ini.
Cikgu Rizal, guru penasihat Kelab Sepak Takraw ini mengharapkan
pertandingan seperti ini akan dapat melahirkan pasukan sepak takraw
sekolah yang kuat di masa depan.